Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Taiping

whatsapp image 2026 10 07 at 15.18.15

Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Taiping bercita-cita melahirkan Generasi Rabbani yang amilin, berketerampilan, kreatif dan berupaya memimpin masyarakat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Taiping merupakan salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Berhad dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK) dibawah Seksyen 6(5) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996. Nombor Pendaftaran: JAIPK/SRAR SM/TG.132/24 (AYR6007).

Falsafah Pendidikan

Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan rendah Islam yang berwibawa.

Misi

Memperkasakan sistem pendidikan mithali di peringkat rendah untuk melahirkan generasi rabbani melalui pendekatan holistik dan pengurusan profesional.

Pendidikan Holistik

Kurikulum kebangsaan, pendidikan Islam dan pembinaan sahsiah.

Al-Quran & Hafazan

Penghayatan al-Quran, hafazan dan pembentukan amalan harian.

Generasi Rabbani

Membina murid berilmu, berakhlak dan bersedia memimpin masyarakat.

Pembentukan Sahsiah

Membentuk murid melalui penghayatan Islam, amalan harian dan pembinaan akhlak mulia dengan tarbiah yang berterusan.